Syarikat Kami

T&Z Stitching SDN BHD merupakan syarikat yang berkembang dengan pantas dalam bidang jahitan dan jualan borong. 

Syarikat ini terkenal di kawasan tempatan sebagai tempat untuk menghasilkan pakaian berdasarkan identiti individu atau organisasi masing-masing. Tidak lupa dengan perniaga yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang penghasilan baju, kami sedia untuk menghasilkan busana berdasarkan permintaan pelanggan.

Pengasas kami Puan Rafidah Binti Zainal, merupakan seorang yang berdedikasi dan sentiasa menekankan kualiti produk yang dihasilkan. Disamping itu , Beliau juga menitik beratkan servis perkhidmatan pelanggan dengan memastikan kesemua kehendak pelanggan dipenuhi.

Syarikat kami memfokuskan kepada organisasi atau individu yang ingin membuat busana yang melambangkan identiti mereka sendiri.

Khidmat nasihat yang disediakan oleh syarikat kami dapat membantu semua peringkat pelanggan terutama yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang rekaan pakaian.

Tambahan pula, kami juga merupakan pusat pakaian borong kepada perniaga yang ingin menjual pakaian “ready made”.


VISI

Menjadi pembekal pakaian borong terbesar di Malaysia.

Pilihan pertama organisasi/individu membuat busana yang melambangkan identiti mereka tersendiri.


MISI

Memastikan kepuasan pelanggan dipenuhi.

Kualiti produk yang tinggi dan boleh bersaing bersama-sama jenama luar negara.

Menggalakkan kreativiti pelanggan dan pekerja dalam reka bentuk produk.